EBC Financial Group Memasuki Pasaran Afrika Selatan, Melanjutkan Pengembangan Strategik di Afrika
EBC Financial Group mengumumkan kelulusan pengawalseliaan bagi anak syarikatnya di Afrika Selatan, sekali gus meletakkan firma tersebut pada kedudukan lebih kukuh untuk mengakses pasaran masa hadapan dalam sektor perkhidmatan kewangan yang pesat berkembang di negara itu.
JOHANNESBURG, Afrika Selatan, Dec. 04, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group SA (Pty) Ltd telah menerima kelulusan daripada Financial Sector Conduct Authority (“FSCA”) sebagai Authorised Financial Service Provider, menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan strategik firma tersebut di benua Afrika. Kelulusan kawal selia ini merupakan langkah awal yang penting bagi EBC Financial Group (“EBC”) dalam usaha mewujudkan kehadiran syarikat dalam ekosistem fintech Afrika Selatan yang sedang berkembang pesat.

David Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd., berkata, "Kelulusan daripada FSCA merupakan pencapaian penting dalam usaha pengembangan global kami. Ini melengkapi lesen sedia ada kami, termasuk daripada Financial Conduct Authority (FCA) bagi EBC Financial Group (UK) Ltd serta entiti lain dalam kumpulan kami yang dikawal selia oleh Cayman Islands Monetary Authority (CIMA), Australian Securities and Investments Commission (ASIC) dan Financial Services Commission Mauritius (FSC). Pemerolehan ini meletakkan kami kedudukan terbaik untuk berkhidmat kepada salah satu pasaran dagangan paling aktif di benua ini, sambil mengekalkan piawaian kawal selia dan ketelusan yang menjadi asas operasi EBC di seluruh dunia."
Langkah Strategik Memasuki Pasaran Kewangan Afrika Selatan
Afrika Selatan mewakili peluang pertumbuhan yang menarik, dengan populasi seramai 63 juta dan kadar penembusan internet sebanyak 76%, sekali gus menjadikannya pasaran digital yang besar dan saling berhubung. Sektor fintech negara ini dijangka meningkat lebih dua kali ganda daripada USD7.08 bilion pada tahun 2023 kepada USD14.86 bilion menjelang 2033, mencerminkan transformasi digital pesat dalam perkhidmatan kewangan di seluruh rantau tersebut. Dalam ekosistem yang semakin berkembang ini, EBC mendapati komuniti dagangan di Afrika Selatan menunjukkan penyertaan yang kukuh merentasi komoditi, indeks dan aset digital baharu, sekali gus mewujudkan permintaan terhadap akses pasaran yang boleh dipercayai serta dikawal selia.
"Pedagang di Afrika Selatan mempunyai tahap kecanggihan yang tinggi dan berpandangan global, dengan tiga perempat daripada penduduknya kini terhubung secara dalam talian," sambung Barrett. "Kematangan digital ini, digabungkan dengan minat rantau ini terhadap peluang dagangan yang pelbagai, selaras dengan penawaran kami. Apabila proses integrasi ini selesai, kami berharap dapat membawa keupayaan pelaksanaan kami serta akses pasaran pelbagai aset yang menyeluruh kepada para pedagang di Afrika Selatan yang mencari penyelesaian dagangan yang boleh dipercayai dan telus."
Pendidikan dan Pemerkasaan: Teras Falsafah EBC
Di luar akses pasaran, EBC terus memperjuangkan pendidikan pedagang sebagai asas penting bagi memastikan penyertaan pasaran yang bertanggungjawab. Sepanjang suku tahun yang lalu, EBC telah menganjurkan lebih daripada 1,000 webinar berbilang bahasa. Inisiatif pendidikan EBC turut merangkumi siri podcast Pulse 360º di Spotify, cerapan pasaran serta pendidikan pedagang melalui EBC Trading Academy. EBC juga bekerjasama dengan Jabatan Ekonomi di Universiti Oxford untuk menganjurkan siri ‘What Economists Really Do’. Webinar terbaharu, bertajuk ‘Think Like an Economist: Financial Literacy and Economic Understanding in an Age of Complexity’ telah diadakan pada 11 November 2025. Inisiatif pendidikan EBC yang berteraskan digital amat sesuai untuk memperkasakan para pedagang dengan fakta yang tepat, amalan pengurusan risiko yang mantap serta literasi kewangan.
"Pendidikan dan membuat keputusan termaklum adalah asas kepada kejayaan dagangan jangka panjang," ujar Barrett. "Menerusi program pendidikan EBC, kami berhasrat untuk melengkapkan pedagang di setiap peringkat dengan pengetahuan bagi menavigasi pasaran secara berkesan, mengurus risiko dengan bijaksana serta menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah."
Dipandu oleh Misi yang Jelas
Di luar pencapaian kawal selia, pemerolehan tersebut membuka peluang kepada pedagang Afrika Selatan untuk mengakses ekosistem EBC yang memenangi anugerah, menggabungkan kecemerlangan teknologi dan kepakaran pendidikan. Prasarana EBC menyediakan kelajuan pelaksanaan serendah 20ms, di samping penghalaan kecairan pintar serta sokongan berbilang bahasa yang diperluaskan. Alat proprietari, termasuk Trading Black Box dan Private Room, meningkatkan kawalan pedagang terhadap penetapan harga dan pelaksanaan, sekali gus menyokong komitmen platform terhadap ketelusan dan prestasi. Pendekatan menyeluruh EBC telah meraih pengiktirafan luar selama tiga tahun daripada World Finance – termasuk anugerah Most Trusted Broker dan Best Trading Platform pada tahun 2025 – serta anugerah Best CFD Provider di 2025 Online Money Awards.
"Pengambilalihan ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan kecemerlangan teknologi dan sokongan pendidikan," tambah Barrett. "Dalam usaha memperkukuh kehadiran di Afrika Selatan, EBC bukan sahaja membawa prasarana yang memenangi anugerah, tetapi juga pendekatan menyeluruh terhadap dagangan yang mengutamakan ketelusan, kualiti pelaksanaan serta inovasi berterusan bagi membantu pedagang menguasai pasaran. Komitmen kami adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada pedagang Afrika Selatan dengan piawaian yang sama telah membawa pengiktirafan global kepada EBC."
Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.ebc.com/.
Penafian: Maklumat ini adalah untuk tujuan informasi sahaja dan tidak merupakan cadangan atau nasihat daripada EBC Financial Group dan semua entitinya ("EBC"). Perdagangan Forex dan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) secara margin melibatkan tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Kerugian boleh melebihi jumlah deposit anda. Sebelum berdagang, anda harus mempertimbangkan objektif perdagangan, tahap pengalaman dan selera risiko anda dengan teliti, serta mendapatkan nasihat kewangan bebas jika perlu. Statistik atau prestasi pelaburan terdahulu bukan jaminan prestasi masa depan. EBC tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang terhasil daripada kebergantungan pada maklumat ini.
Perihal EBC Financial Group
Diasaskan di London, EBC Financial Group (EBC) ialah jenama global yang terkenal dengan kepakarannya dalam pembrokeran kewangan dan pengurusan aset. Melalui entiti dikawal selia yang beroperasi merentas bidang kuasa kewangan utama—termasuk UK, Australia, Kepulauan Cayman, Mauritius dan lain-lain—EBC membolehkan pelabur runcit, profesional dan institusi untuk mengakses pasaran global dan peluang perdagangan merangkumi mata wang, komoditi, CFD dan banyak lagi.
"Dipercayai oleh pelabur di lebih 100 negara dan diiktiraf melalui pelbagai anugerah global termasuk pengiktirafan berterusan daripada World Finance, EBC secara meluas dianggap secara meluas sebagai antara broker terbaik di dunia dengan gelaran seperti Best Trading Platform dan Most Trusted Broker. Dengan pengawalseliaan yang kukuh dan komitmennya terhadap ketelusan, EBC juga ditempatkan dalam kalangan broker teratas secara konsisten—dipercayai bagi kebolehannya untuk menyediakan penyelesaian perdagangan yang selamat, berinovatif dan mengutamakan pelanggan merentas pasaran antarabangsa bersaingan.
Anak syarikat EBC dilesenkan dan dikawal selia dalam bidang kuasa tempatan masing-masing. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) di United Kingdom; EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Cayman Islands Monetary Authority (CIMA); EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dan EBC Asset Management Pty Ltd dikawal selia oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC); manakala EBC Financial (MU) Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Services Commission Mauritius (FSC).
Teras EBC terdiri daripada pasukan veteran industri dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam institusi kewangan utama. EBC telah mengharungi kitaran ekonomi utama dari Plaza Accord dan krisis franc Swiss 2015 hingga pergolakan pasaran akibat pandemik COVID-19. Kami memupuk budaya yang mengutamakan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap hubungan pelabur dikendalikan dengan kesungguhan yang sewajarnya.
EBC merupakan rakan kongsi pertukaran asing rasmi bagi FC Barcelona yang berbangga dan terus memacu perkongsian berimpak tinggi bagi memperkasakan komuniti – seperti melalui inisiatif United to Beat Malaria anjuran UN Foundation, Jabatan Ekonomi Universiti Oxford dan pelbagai rakan kongsi untuk mendukung inisiatif dalam kesihatan, ekonomi, pendidikan dan kelestarian global.
Hubungan Media:
Susindhraseghar Chandrasekar
Eksekutif Perhubungan Awam Global
susindhra.c@ebc.com
Aldric Tinker Toyad
Ketua Perhubungan Awam Global
aldric.tinker@ebc.com
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/db2ff409-6c9d-4e52-9c76-57d26de8cac7
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
